Gempa bumi sederhana landa utara Laut Maluku
Bernama
Januari 24, 2023 11:50 MYT
Januari 24, 2023 11:50 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Laut Maluku, Indonesia pada 10.13 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 155 kilometer (km) tenggara dari Pulau Talaud, Indonesia, dengan kedalaman 72km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Terdahulu, gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda kawasan yang sama pada 18 Jan.
Gegaran ketika itu berlaku pada kedudukan 163km selatan dari Pulau Talaud dengan kedalaman 67km.
-- BERNAMA