Gempa bumi sederhana landa tenggara Honshu

Bernama
Julai 28, 2017 10:59 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa itu berpusat di 734km tenggara Yokosuka, Jepun dan 3717km timur laut Sandakan, Sabah.- Gambar dari fail
Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda tenggara Honshu, Jepun pada 7.23 pagi ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata, gempa itu berpusat di 734km tenggara Yokosuka, Jepun dan 3717km timur laut Sandakan, Sabah.
Bagaimanapun ia tidak membawa ancaman tsunami.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Honshu #Jabatan Meteorologi Malaysia #Jepun
;