Gempa bumi sederhana landa Taiwan

Bernama
April 27, 2016 00:44 MYT
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa adalah 2,001 kilometer timur laut Kudat, Sabah.
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda timur laut Taichung, Taiwan pada 11.17 malam tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata pusat gempa adalah 2,001 kilometer timur laut Kudat, Sabah.
Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami, kata kenyataan itu.
#gempa Taiwan #gempa Taiwan 2016 #gempa Taiwan hari ini #gempa Taiwan terbaru
;