Gempa bumi sederhana landa Sichuan

Astro Awani
September 16, 2021 11:11 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Sichuan, China pada 4.33 pagi tadi. - Foto Twitter/@metmalaysia
GEMPA bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Sichuan, China pada 4.33 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan memberitahu, gempa bumi itu berlaku di koordinat 28.9 darjah utara dan 105.3 darjah timur di Sichuan dengan kedalaman 10 kilometer.
"Gempa bumi itu dikesan 143 kilometer barat daya dari Chongqing, China," kata kenyataan itu.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.5 telah berlaku di Sichuan, China pada pukul 4:33 pagi, 16 September 2021. Pusat gempa bumi terletak 28.9° Utara dan 105.3° Timur dengan kedalaman 10 km. 143km Barat Daya dari Chongqing,China.#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#METMalaysia pic.twitter.com/Hz6HouoI3r

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) September 15, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#China #Sichuan #Gempa sederhana #Global
;