Gempa bumi sederhana landa selatan Sumba, Indonesia
Bernama
Ogos 23, 2021 20:07 MYT
Ogos 23, 2021 20:07 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.3 pada skala Richter melanda selatan Sumba, Indonesia pada 4.40 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 32 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 323 km selatan dari Bima, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA