Gempa bumi sederhana landa Selatan Laut Maluku, Indonesia

Bernama
Mac 8, 2023 00:45 MYT
Penilaian awal MetMalaysia mendapati gempa bumi sederhana itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Laut Maluku, Indonesia pada 4.31 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 179 kilometer (km) selatan dari Tomohon, Indonesia dengan kedalaman 72km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #Selatan Laut Maluku #MetMalaysia