Gempa bumi sederhana landa selatan Bali
Bernama
April 10, 2023 10:10 MYT
April 10, 2023 10:10 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia pada 8.37 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 61 kilometer (km) tenggara dari Denpasar, Indonesia dengan kedalaman 750km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA