Gempa bumi sederhana landa rantau Sumbawa, Indonesia
Astro Awani
Januari 2, 2019 23:28 MYT
Januari 2, 2019 23:28 MYT
Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.0 pada skala Richter melanda Rantau Sumbawa, Indonesia pada 10.26 malam Rabu, lapor Bernama.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku pada kedalaman 25 kilometer dan jarak 172 kilometer Selatan dari Bima, Indonesia.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.