Gempa bumi sederhana landa Pulau Jawa, Indonesia

Bernama
Januari 17, 2022 10:03 MYT
Gempa dengan kedalaman 78km itu berlaku pada jarak 160km barat daya dari Sukabumi, Indonesia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda Pulau Jawa, Indonesia pada 8.26 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 78 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 160 km barat daya dari Sukabumi, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #pulau jawa #Tiada ancaman tsunami
;