Gempa bumi sederhana landa Papua, Indonesia
Astro Awani
Jun 6, 2022 17:54 MYT
Jun 6, 2022 17:54 MYT
KUALA LUMPUR : Gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter melanda Papua, Indonesia pada jam 4.29 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gegaran berlaku pada kedudukan 2.8° Selatan dan 139.0° Timur dengan kedalaman 87 kilometer.
Gempa berlaku 193 kilometer Barat dari Jayapura, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.