Gempa bumi sederhana landa Papua di timur Indonesia
Bernama
Jun 4, 2023 18:10 MYT
Jun 4, 2023 18:10 MYT
JAKARTA: Gempa bumi dengan magnitud 5.4 melanda Papua wilayah timur Indonesia pada Ahad, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.
Kejadian gempa itu berlaku pada 12.52 waktu Jakarta, dengan pusat gempa di 58 kilometer (km) barat daya Memberamo Raya Regency pada kedalaman 10 km di bawah tanah, lapor Xinhua memetik agensi itu.
Gempa bumi berkenaan tidak berpotensi mencetuskan tsunami.
-- BERNAMA