Gempa bumi sederhana landa Pantai Barat Utara Sumatera
Astro Awani
Mac 1, 2022 13:58 MYT
Mac 1, 2022 13:58 MYT
KUALA LUMPUR : Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter melanda luar Pantai Barat Utara Sumatera, Indonesia pada jam 7.04 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 56 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 41 km barat daya dari Meulaboh.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.