Gempa bumi sederhana landa Mindanao, Filipina

Bernama
Februari 26, 2022 08:00 MYT
Berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 2.15 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 53 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 166 km utara Pulau Talaud, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #tsunami #MetMalaysia #Mindanao