Gempa bumi sederhana landa Mindanao
Bernama
Ogos 13, 2021 09:35 MYT
Ogos 13, 2021 09:35 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pada 5.03 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gegaran itu berlaku pada kedudukan 160 kilometer (km) utara dari Pulau Talaud, Indonesia dengan kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA