Gempa bumi sederhana landa Luzon, Filipina

Bernama
Mei 4, 2023 02:15 MYT
Gempa bumi sederhana M5.4 di Luzon, Filipina pada 8:49 pagi, 4 Mei 2023. Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - Gambar Twitter MetMalaysia
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Luzon, Filipina pada 8.49 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, gempa itu berlaku pada jarak 64 kilometer (km) timur dari Bandar Tuguegarao, Filipina dengan kedalaman 45km.
Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA
#gempa bumi #gempa bumi Luzon #MetMalaysia #Tiada ancaman tsunami