Gempa bumi sederhana landa Laut Maluku
Astro Awani
September 24, 2021 16:20 MYT
September 24, 2021 16:20 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Utara Laut Maluku pada jam 2.36 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 55 kilometer itu berada di koordinat 2.2 darjah utara dan 126.9 darjah timur serta terletak 170 kilometer utara dari Ternate, Indonesia.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.