Gempa bumi sederhana landa Laut Banda, Indonesia
Bernama
Disember 2, 2023 21:51 MYT
Disember 2, 2023 21:51 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 8.01 malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 113 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 422 km tenggara dari Ambon, Indonesia.
Berdasarkan penilaian awal, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA