Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India
Astro Awani
April 6, 2022 14:34 MYT
April 6, 2022 14:34 MYT
GEMPA BUMI sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Nicobar, India sekitar jam 1.29 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 89 km timur laut dari Great Nicobar, India.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.