Gempa bumi sederhana landa Halmahera, Indonesia
Bernama
Jun 2, 2022 08:46 MYT
Jun 2, 2022 08:46 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.0 pada skala Richter dikesan melanda Halmahera, Indonesia pada 6.55 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini, gegaran berkenaan berlaku pada kedudukan 207 kilometer (km) selatan dari Tidore, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA