Gempa bumi sederhana gegar tengah Indonesia
Bernama
November 21, 2022 10:00 MYT
November 21, 2022 10:00 MYT
JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter menggegarkan wilayah Nusa Tenggara Timur di tengah Indonesia pada petang Ahad, menurut Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik negara itu.
Gempa itu berlaku pada 20:49 waktu tempatan (1349 GMT) dengan pusat gempa berada 51 kilometer (km) tenggara bandar Kupang dengan kedalaman 49 km di bawah dasar laut, lapor Xinhua.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
-- BERNAMA