Gempa bumi sederhana gegar semenanjung Minahassa, Sulawesi
Bernama
Oktober 26, 2020 19:57 MYT
Oktober 26, 2020 19:57 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.7 pada skala Richter menggegarkan Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada 4.26 petang tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku pada kedudukan 185 kilometer (km) barat dari Gorontalo, Indonesia dengan kedalaman 54 km.
Bagaimanapun kejadian gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA