Gempa bumi sederhana gegar rantau Taiwan

Bernama
Januari 17, 2021 10:01 MYT
Gempa dikesan pada kedudukan 113km timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7km.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 pada skala Richter dilaporkan menggegar rantau Taiwan, pada 7.10 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa itu dikesan pada kedudukan 113 kilometer (km) timur dari Kaohsiung, Taiwan dengan kedalaman 7 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Taiwan #Malaysia
;