Gempa bumi sederhana gegar Pulau Talaud, Indonesia
Bernama
September 11, 2019 09:57 MYT
September 11, 2019 09:57 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada 7.32 pagi ini.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa itu terletak 43 kilometer (km) timur dari Pulau Talaud, pada kedalaman 73 km.
Bagaimanapun, ia tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA