Gempa bumi sederhana gegar kepulauan Talaud, Indonesia
Bernama
Februari 10, 2021 22:04 MYT
Februari 10, 2021 22:04 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi pada pukul 6.03 petang itu berpusat di 130 kilometer (km) timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia pada kedalaman 10 km.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi
#Kepulauan Talaud
#Indonesia
#sederhana
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#tsunami