Gempa bumi sederhana dikesan di utara Sumatera

Bernama
Oktober 6, 2022 18:24 MYT
Gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Perak, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 4.6 pada skala Richter dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 4.31 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 165 kilometer barat daya dari Sabak Bernam, Selangor.
Menurut MetMalaysia, gegaran mungkin dirasai di Lembah Klang, Perak, Selangor, Putrajaya dan Negeri Sembilan.
MetMalaysia terus memantau keadaan itu, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #sumatera indonesia #MetMalaysia #gegaran
;