Gempa bumi sederhana di Sumatera Selatan
Bernama
Mac 14, 2022 16:01 MYT
Mac 14, 2022 16:01 MYT
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia pada 10.12 malam tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 118km barat laut dari Siberut, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA