Gempa bumi sederhana di Selat Sunda, Indonesia
Bernama
Mei 10, 2023 13:36 MYT
Mei 10, 2023 13:36 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 melanda Selat Sunda, Indonesia pada 12.24 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku pada jarak 171 kilometer (km) barat daya dari Bandar Lampung, Indonesia dengan kedalaman 10km.
Bagaimanapun penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA