Gempa bumi sederhana di Laut Banda, Indonesia
Bernama
Mei 5, 2019 18:34 MYT
Mei 5, 2019 18:34 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda Laut Banda, Indonesia pada 5.40 petang ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata gempa dengan kedalaman 305 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 275km selatan dari Ambon.
Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami, menurut kenyataan itu.