Gempa bumi sederhana di Laut Banda
Astro Awani
Februari 9, 2021 17:05 MYT
Februari 9, 2021 17:05 MYT
KUALA LUMPUR: Satu kejadian gempa bumi sederhana berukuran 5.2 pada skala Richter berlaku di Laut Banda pada pukul 3.24 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan, pusat gempa bumi tersebut terletak pada koordinat 6.5° Selatan dan 130.1° Timur.
Gempa itu berlaku dengan kedalaman 162 km dan terletak 376 kilometer Tenggara dari Ambon, Indonesia.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
#gempa bumi
#Indonesia
#tsunami
#Malaysia
#MetMalaysia
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#ambon
#ancaman tsunami