Gempa bumi sederhana di Kepulauan Talaud, Indonesia
Bernama
April 1, 2021 23:15 MYT
April 1, 2021 23:15 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 pada skala Richter dilapor berlaku di Kepulauan Kermadec, New Zealand pada 5.56 petang.
Gempa itu dikesan pada kedudukan 1,048 kilometer (km) dari timur laut North Shore, New Zealand dengan kedalaman 50 km.
Sementara itu gempa bumi sederhana bermagnitud 5.4 pada skala Richter dilapor menggegarkan kawasan Kepulauan Talaud, Indonesia pada 6.12 petang.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 58 km dari tenggara Pulau Talaud dengan kedalaman 75 km.
Kedua-dua gempa bumi itu tidak mendatangkan ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#gempa bumi
#magnitud
#skala Richter
#Kepulauan Talaud
#New Zealand
#MetMalaysia
#Pulau Talaud
#tsunami