Gempa bumi sederhana berlaku di kepulauan Talaud, Indonesia
Bernama
Jun 16, 2015 13:52 MYT
Jun 16, 2015 13:52 MYT
Gempa bumi sederhana berukuran 5.8 pada skala Richter dilapor berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia pada pukul 5.04 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gegaran ialah 67 kilometer dari barat kepulauan tersebut dan 832 kilometer tenggara Semporna, Sabah.
Tiada ancaman tsunami dikeluarkan.