Gempa bumi: Perkhidmatan kereta api Tokyo belum pulih
Bernama
Oktober 8, 2021 17:01 MYT
Oktober 8, 2021 17:01 MYT
ANKARA: Perkhidmatan kereta api di Tokyo masih mengalami gangguan pada Jumaat, sehari selepas gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter melanda bandar raya itu.
Menurut pihak berkuasa, gempa itu disifatkan paling kuat pernah melanda dalam tempoh sedekad, berlaku pada 10.41 malam waktu tempatan (1341GMT), Khamis, mencederakan 32 orang.
Gangguan itu menjejaskan kira-kira 368,000 penumpang, lapor Agensi Anadolu memetik Kyodo News.
Selain itu, banyak perkhidmatan lain terpaksa ditangguhkan atau dibatalkan berikutan kejadian itu.
Badan Meteorologi Jepun turut mengeluarkan amaran lebih banyak gempa bumi diramal berlaku pada minggu depan dan minggu seterusnya.
-- BERNAMA