Gempa bumi Nepal: PM Nepal umum tiga hari berkabung
Agensi
April 29, 2015 11:38 MYT
April 29, 2015 11:38 MYT
Perdana Menteri Nepal Sushil Koirala semalam mengumumkan tiga hari berkabung ekoran bencana yang menimpa negara itu.
Kerajaan Nepal juga menegaskan akan memastikan kebajikan rakyat yang terjejas akibat bencana, terbela.
Bercakap pada sidang media yang ditayangkan seluruh Nepal, Koirala berkata antara langkah utama kerajaan ialah member rawatan percuma kepada mangsa dan membina semula monumen sejarah yang musnah.
“Keutamaan kerajaan adalah untuk memberikan bantuan menyelamat dan pemulihan untuk semua rakyat yang terjejas oleh gempa bumi,”
Setakat ini, gempa bumi itu telah mengorbankan lebih 5,000 mangsa manakala lebih 10,000 cedera.
Angka kematian dijangka meningkat ekoran banyak mayat yang masih belum ditemui.
Gempa bumi ini adalah yang terburuk selepas 80 tahun.