Gempa bumi magnitud 6.4 cederakan hampir 40 orang di Filipina

Bernama
Oktober 26, 2022 21:47 MYT
Mangsa yang cedera berasal dari wilayah Ilocos Norte dan Abra di pulau utama Luzon. - Gambar/ MetMalaysia
MANILA: Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud yang melanda utara Filipina lewat malam Selasa mencederakan sekurang-kurangnya 36 orang dan merosakkan bangunan, kata tentera pada Rabu.
Xinhua memetik Lt Kol Elmar Salvador, jurucakap pemerintah markas utara tentera, sebagai berkata mereka yang cedera berasal dari wilayah Ilocos Norte dan Abra di pulau utama Luzon.
Xinhua quoted Lt Col Elmar Salvador, spokesperson of the military's northern command, as saying the injured were from the Ilocos Norte and Abra provinces on the main Luzon island.
Beliau berkata tiada yang terkorban, namun gempa bumi itu merosakkan beberapa rumah, gereja berusia berabad-abad, bangunan sekolah dan hospital.
Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina pada mulanya melaporkan gempa bumi dengan magnitud awal pada skala 6.7. Ia melanda pada 22:59 waktu tempatan (1459 GMT) pada kedalaman 28 km, kira-kira 7 km barat laut bandar Tineg di wilayah Abra di Luzon.
Institut itu kemudian menurunkan skala magnitud gempa kepada 6.4 beberapa jam kemudian, dan menambah gempa melanda pada kedalaman 13 km, kira-kira 7 km timur laut bandar Lagayan di wilayah Abra.
Kesan gegaran itu dirasai di beberapa kawasan, termasuk ibu kota wilayah Manila. Menurut laporan tempatan, orang ramai yang sedang tidur atau hendak tidur bergegas keluar dari rumah mereka yang bergegar.
Pada Julai, gempa bumi berukuran 7.0 magnitud turut menggegarkan wilayah Abra, mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan lebih 130 yang lain selain mencetuskan tanah runtuh dan merosakkan bangunan.
Filipina mempunyai aktiviti seismik yang kerap kerana lokasinya di sepanjang "Lingkaran Api" Pasifik
-- BERNAMA
#gempa bumi #Filipina #Luzon #mangsa gempa
;