Gempa bumi Maghribi: Usaha mencari dan menyelamat diteruskan

Astro Awani
September 10, 2023 07:30 MYT
Pasukan kecemasan dibantu penduduk tempatan teruskan usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan. - Foto REUTERS
MARRAKESH: Usaha mencari dan menyelamat mangsa diteruskan pada Ahad susulan gempa kuat yang melanda Maghribi awal pagi Sabtu.
Penduduk tempatan terpaksa menggunakan tangan dan penyodok bagi mencari mangsa yang dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Pasukan kecemasaan hadapi masalah membawa masuk jentera berat bagi tujuan itu akibat kawasan yang terjejas terputus hubungan.
Gempa bumi yang melanda di kawasan pergunungan di bahagian selatan Marrakesh disifatkan sebagai yang terburuk melanda negara itu dalam tempoh 60 tahun.
Angka rasmi kerjaan meletakkan sebagai sekurang-kurangnya 2,122 penduduk terkorban manakala lebih 2,421 cedera, kebanyakan mereka dalam keadaan parah.
Mangsa yang terselamat pula hilang tempat berlindung dan ramai terpaksa tidur di jalan.
Gempa dengan magnitud 6.8 itu mengakibatkan kemusnahan pada bangunan dan jalan raya di kebayakan kawasan sehingga ke bahagian utara Maghribi.
Bandar lama Marrakesh, Tapak Warisan Dunia UNESCO, turut mengalami kerosakan.
Raja Morocco, Sultan Mohammed VI turut mengisytiharkan tiga hari tempoh berkabung pada Sabtu susulan kejadian tersebut.
#gempa bumi #usaha mencari dan menyelamat #runtuhan bangunan #terputus hubungan
;