Gempa bumi lemah landa Laut Sulawesi, gegaran dirasai sekitar Tawau
Astro Awani
Januari 29, 2021 09:32 MYT
Januari 29, 2021 09:32 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa gempa bumi lemah bermagnitud 3.5 skala Richter dilaporkan berlaku di Laut Sulawesi pada jam 1.42 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia memaklumkan pusat gempa bumi tersebut terletak 2.7° Utara dan 118.8° Timur dengan kedalaman 141 kilometer, iaitu 197 kilometer Selatan dari Semporna, Sabah.
Gegaran mungkin dirasai di sekitar Tawau, Sabah.
Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan itu.