Gempa bumi landa wilayah Aomori
Agensi
Mac 28, 2023 00:27 MYT
Mac 28, 2023 00:27 MYT
TOKYO: Agensi Meteorologi Jepun melaporkan sebuah kejadian gempa bumi kuat menggegarkan timur laut Jepun pada Selasa.
Memetik laporan AA.com, gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter telah melanda wilayah Aomori di timur laut Jepun.
“Gempa dilaporkan berlaku sekitar jam 6:18 petang (5.18 petang waktu tempatan) di beberapa bahagian wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate.
"Gempa itu berpunca dari pantai timur Aomori pada kedalaman sekitar 20 kilometer (12.5 batu)," tambah agensi itu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi berukuran 6.2 magnitud turut melanda wilayah Hokkaido di Jepun.
Namun begitu, tiada pengesahan sebarang laporan kerosakan sehingga kini.