Gempa bumi landa Papua New Guinea
Bernama
Julai 7, 2016 14:57 MYT
Julai 7, 2016 14:57 MYT
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku berhampiran wilayah New Britain, Papua New Guinea pada 12.16 tengah hari ini, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.
Dalam satu kenyataan, jabatan itu berkata pusat gempa itu adalah 183km di barat daya Kimbe, Papua New Guinea dan 3,536km di tenggara Semporna, Sabah.