Gempa bumi landa pantai barat Kanada
Agensi
April 14, 2023 20:26 MYT
April 14, 2023 20:26 MYT
OTTAWA: Gempa bumi berukuran 6.0 magnitud melanda di pantai barat Kanada pada Khamis.
Memetik AFP, Suruhanjaya Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan kejadian gempa berlaku meskipun tiada ancaman tsunami manakala tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.
Pusat gempa berkedalaman lapan kilometer, di barat daya Port McNeil, di Pulau Vancouver, wilayah British Columbia.
Menurut USGS, gempa tersebut berlaku pada 8.44 pagi waktu tempatan.
Seorang penduduk Victoria di Pulau Vancouver memberitahu AFP mereka tidak merasa gegaran.
Sementara itu, Penganalisis Sumber Asli Kanada, Brindley Smith berkata wilayah berkenaan sering berdepan gempa bumi kecil. Namun, gegaran kali ini lebih kuat.
"Sesuatu yang menghampiri magnitud enam adalah sedikit lebih luar biasa, tetapi tiada apa yang perlu ditekankan," katanya.