Gempa bumi kuat melanda rantau New Britain, Papua New Guinea

Bernama
Februari 26, 2023 00:30 MYT
Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda rantau New Britain, PNG pada 5.24 pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 pada skala Richter melanda rantau New Britain, Papua New Guinea (PNG) pada 5.24 pagi tadi.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa dengan kedalaman 61 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 77 km barat daya dari Kimbe, PNG.
Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Rantau New Britain #Papua New Guinea