Gempa bumi kuat melanda perairan Mindanao, Filipina

Agensi
April 29, 2017 08:34 MYT
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tsunami boleh berlaku 300 kilometer dari pusat gegaran.
Satu gempa bumi kuat berukuran 6.8 magnitud menggegarkan pantai kepulauan Mindanao di Filipina pada pagi Sabtu.
Agensi Gempa Bumi Filipina berkata susulan itu Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran ia mungkin dilanda tsunami sejauh ke Indonesia.
Institut Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina pula memaklumkan, gempa bumi berlaku kira-kira 57 kilometer ke barat daya Sarangani.
Gegarannya dapat dirasakan di sebahagian besar Mindanao, pulau terbesar di selatan negara itu.
Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kematian.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tsunami boleh berlaku 300 kilometer dari pusat gegaran.
Ketua Agensi Gempa Bumi Filipina, Renato Solidum dalam satu kenyataan berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada keperluan memindahkan penduduk di kawasan terjejas.
Tetapi penduduk diberi makluman mengenai penurunan paras laut, ombak besar dan dinasihat tidak menghampiri pantai.
#Filipina #gempa bumi #Mindanao #tsunami
;