Gempa bumi kuat landa Xinjiang

Bernama
Januari 30, 2023 11:50 MYT
Pusat gempa dipantau pada 40.01 darjah utara dan 82.29 darjah bujur dengan kedalaman 50 kilometer. -USGS
BEIJING: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud menggegarkan Kaunti Shaya di Wilayah Aksu di barat laut Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, pada 7.49 pagi Isnin (waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC).
Menurut Xinhua, pusat gempa dipantau pada 40.01 darjah utara dan 82.29 darjah bujur dengan kedalaman 50 kilometer.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Kaunti Shaya #Xinjiang #CENC
;