Gempa bumi kuat landa timur Taiwan

Bernama
Mei 9, 2022 16:44 MYT
Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan.
TAIPEI: Gempa bumi berukuran 6.1 pada skala Richter melanda Lautan Pasifik pada 2.23 petang Isnin menggegarkan sebahagian besar Taiwan, menurut Agensi Berita Pusat (CNA).
Gempa bumi berlaku di 89.5 kilometer di timur Kaunti Hualien Hall pada kedalaman 27.5 kilometer, lapor Pusat Seismologi Biro Cuaca.
Gegaran paling kuat dirasai di Kaunti Yilan Kaunti, iaitu pada skala tiga daripada keseluruhan skala tujuh.
Turut merasai gegaran pada skala tiga penduduk di Kaunti Hualien, New Taipei, Taipei dan Kaunti Taitung, manakala bahagian lain merekodkan skala satu atau dua.
Tiada laporan kerosakan atau kemalangan jiwa setakat ini.
Selain itu, gegaran susulan bermagnitud 5.4 dilaporkan berlaku di kawasan yang sama kira-kira seminit kemudian.
-- BERNAMA
#gempa bumi kuat #Taiwan #lautan Pasifik #Taipei #Kaunti Hualien
;