Gempa bumi kuat landa Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan

Agensi
September 18, 2022 16:41 MYT
Media Taiwan melaporkan sebuah bangunan yang menempatkan kedai serbaneka runtuh dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan. Gambar/ Google.
GEMPA bumi berukuran 6.9 magnitud melanda pantai tenggara Taiwan hari ini menyebabkan kerosakan bangunan dan amaran Tsunami telah dikeluarkan oleh Jepun.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan kejadian yang berlaku pukul 2.44 petang tadi adalah paling kuat setakat ini dengan kedalaman 10 km (6.2 batu).
Jabatan Kaji Cuaca Taiwan memaklumkan gegaran kuat berukuran 6.4 magnitud juga berlaku di daerah Taitung, petang semalam namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Sementara itu, media Taiwan melaporkan sebuah bangunan yang menempatkan kedai serbaneka runtuh dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan.
Agensi Meteorologi Jepun pula mengeluarkan amaran tsunami bagi pulau terpencil berhampiran Taiwan, selain meramalkan ombak setinggi semeter dijangka tiba kira-kira jam 4.00 petang (waktu tempatan).
#gempa bumi #Taiwan #Taitung gempa bumi #tsunami
;