Gempa bumi kuat landa Sumatera Selatan
Sinar Harian
Ogos 3, 2021 09:12 MYT
Ogos 3, 2021 09:12 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa kuat berukuran 6.1 pada skala Richter telah berlaku di Sumatera Selatan, Indonesia, direkodkan pada pukul 6.48 pagi tadi.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa sekuat itu berlaku pada jarak 244 kilometer dari barat Bengkulu.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami dikeluarkan.
Artikel asal disiarkan di Sinar Harian. Gempa bumi kuat landa Sumatera Selatan