Gempa bumi kuat landa Sulawesi, Indonesia
Bernama
Julai 26, 2021 23:32 MYT
Julai 26, 2021 23:32 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter melanda Semenanjung Minahassa, Sulawesi di Indonesia pada 8.09 malam, Isnin.
Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) gempa dengan kedalaman 10 km itu berlaku pada jarak 194 km barat daya dari Gorontalo, Indonesia.
Bagaimanapun, berdasarkan penilaian awal, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA