Gempa bumi kuat landa Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Bernama
September 24, 2024 10:45 MYT
Gempa bumi dengan magnitud 6.2 skala Richter berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi tadi. - Foto Google
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.2 pada skala Richter telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 3:51 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 0.1° Selatan dan 122.9° Timur dengan kedalaman 144 km iaitu 75km Selatan dari Gorontalo, Indonesia.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi laman web jabatan berkenaan.
-- BERNAMA
#gempa bumi #Indonesia #MetMalaysia #skala Richter
;