Gempa bumi kuat landa selatan kepulauan Fiji
Bernama
April 18, 2023 14:52 MYT
April 18, 2023 14:52 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter dikesan berlaku di Selatan Kepulauan Fiji pada 12.31 tengah hari tadi.
Menurut kenyataan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bumi dengan kedalaman 582 kilometer (km) itu berlaku pada jarak 484km selatan dari Laucala, Fiji.
Bagaimanapun, penilaian awal menunjukkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA