Gempa bumi kuat landa selatan Afrika

Bernama
Julai 10, 2024 07:10 MYT
Gempa dengan kedalaman 14 km itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan. -Facebook
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda selatan Afrika pada 12.55 tengah hari tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini, memaklumkan gempa dengan kedalaman 14 kilometer (km) itu berlaku di 2,143 km selatan dari Port Elizabeth, Afrika Selatan.
Bagaimanapun, penilaian awal mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
-- BERNAMA
#Afrika Selatan #gempa bumi #MetMalaysia #tsunami