Gempa bumi kuat landa Rantau New Ireland, Papua New Guinea
Bernama
November 15, 2024 17:20 MYT
November 15, 2024 17:20 MYT
KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 pada skala Richer dikesan berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
Ringkasan AI
- Gempa bumi bermagnitud 6.4 berlaku di Rantau New Ireland, Papua New Guinea pada 1.28 tengah hari tadi.
- Pusat gempa terletak 4.6 darjah selatan dan 153.1 darjah timur dengan kedalaman 45 km, iaitu 89 km Timur dari Kokopo, Papua New Guinea.
- Jabatan Meteorologi Malaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan pusat gempa bumi itu terletak 4.6 darjah selatan dan 153.1 darjah timur dengan kedalaman 45 kilometer (km), iaitu 89 km Timur dari Kokopo, Papua New Guinea.
"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA